Thursday, March 17, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa


citer ni mmg best... kalo korang tengok sure2 happy punyer arh... aksi dye mmg best... cite ni mengisahkan kerajaan cina yang mahu mengahwinkan puterinya dengan putera rom. namun sebelum putera rom itu sempat pergi ke semenanjung emas iaitu tempat perkahwinannya, beliau sempat bersinggah di goa india dan berjumpa dengan merong mahawangsa. merong mahawangsa pun mengikuti perjalanan putera rom itu. setibanya di sana, mereka di serang oleh puak geruda iaitu puak melayu yang jahat. dalam peperangan tersebut, tentera cina dan rom telah kalah. puteri cina pula diculik oleh kamawas iaitu puak geruda yang memiliki kuasa luar biasa. akhirnya merong mahawangsa dirawat di sebuah kampung yang di huni oleh puak langkasuka iaitu puak melayu yang baik. setelah dirawat, merong mahawangsa pun dilantik sebagai raja langkasuka dan dikahwinkan dengan seorang wanita dari puak itu juga. setelah sekian lama puak itu bersiap sedia untuk menyerang puak geruda, tentera rom pun tiba bersama tentera cina yang diketuai oleh laksamana cina dan putera rom. mereka pun menyerang pulau geruda. dalam peperangan itu, puak langkasuka kalah namun kedatangan tentera cina dan rom, puak geruda telah kalah. kamawas dibunuh dan merong mahawangsa juga dibunuh oleh pedangnya sendiri yang menusuk badannya dan badan raja puak geruda. akhirnya puak langkasuka telah menang dan putera rom telah berkahwin bersama puteri cina. terbentuklah kerajaan kedah tua.

No comments:

Post a Comment